Jumaat, 30 Disember 2011

Lot 25

Pada satu malam, entah berapa haribulan - seorang sahabat telah menelefon kami untuk membincangkan sedikit hal. Kami dalam keadaan tertanya-tanya pun menunggu di satu gerai makan yang tidak berapa popular di sekitar Seremban. Lebih kurang 15 minit kemudian sahabat itu pun datang dengan gaya seperti seorang usahawan berjaya. Sahabat menyala kan api rokoknya setelah duduk dan terus memberi arahan. "Buatkan gua flyers!". Dan, inilah yang telah dihasilkan [Sori bro kalau tak berapa memuaskan hati lu..].

Direka oleh Rehan Aziz


- Lot 25 merupakan sebuah kedai baju yang bertapak di Kompleks PKNNS, Seremban 2. Datanglah beramai-beramai. Mungkin ada sehelai dua yang menarik hati dan menggoda jiwa anda semua.

Khamis, 29 Disember 2011

Kelahiran Pertama

Direka oleh Faizal Taufek


Buat peminat-peminat tegar bola sepak Negeri Sembilan, kami saji kan produk pertama kami yang tak seberapa ini. T-shirt round neck lengan pendek 'hobin jang hobin'. Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu kuning dan putih. Harga RM25.